Rabu, 16 Ogos 2017

18hb Ogos 2017. Sekolah balik awal.


Pada 18hb Ogos 2017 (Jumaat), murid-murid SERI ABIM Sungai Ramal dibenarkan balik awal pada pukul 12.30 tengahari kerana guru-guru dan staf-staf akan mengikuti Kursus Pemberdayaan Murabbi Umat yang akan berlangsung pada 18hb hingga 20hb Ogos di Kampus UNISEL, Bestari Jaya.

Oleh itu, ibu bapa dan penjaga diminta untuk mengambil awal anak masing-masing pada hari tersebut.

Rabu, 26 Julai 2017

Jadual Ujian 2 sesi 2017

Jadual Ujian 2 Tahun 1 hingga Tahun 5 bermula 31hb Julai 2017.

Selamat menduduki ujian kepada murid-murid. Semoga dipermudahkan oleh Allah s.w.t dan memperoleh keputusan yang cemerlang.

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4

Tahun 5

Rabu, 14 Jun 2017

HARI BERSEKOLAH 17 JUN, 2017 (SABTU)


Assalamualaikum w.b.t.
Seperti yg diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 23.06.2017 (Jumaat) adalah Cuti Ganti sempena Aidilfitri.

Oleh itu, 17.06.2017 (Sabtu) adalah hari persekolahan menggunakan Jadual Selasa.

Waktu:
7.50pg — 12.30tgh.

Harap maklum
Terima kasih

Khamis, 1 Jun 2017

Jom sertai Kelas Mandarin

Sekolah mengalu-alukan murid-murid, pelajar-pelajar dan ibu bapa untuk menyertai Kelas Mandarin yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk surat di bawah..



Rabu, 26 April 2017

Sekolah terima bantuan sekolah negeri Selangor

25hb April. Seri / Semi ABIM Sungai Ramal telah menerima Skim Bantuan Sekolah 2017 daripada kerajaan negeri Selangor.

Penyerahan bantuan tersebut telah diadakan semasa Program Ramah Mesra bersama penerima bantuan sekolah fasa 1 2017 (Zon Selatan) di Dewan Orang Ramai, Taman Mesra, Kajang.

Sekolah mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Selangor atas bantuan yang diberikan. Bantuan tersebut akan digunakan untuk membaiki prasarana sekolah yang telah uzur.

Jumaat, 21 April 2017

24hb April 2017 cuti sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15



Sekolah akan bercuti pada 24hb April 2017 (Isnin) sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.

Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada hari berikutnya 25hb April 2017.

Harap maklum.

Jumaat, 14 April 2017

Kejohanan Sukan Tahunan Ahad ini



Semua ibu bapa, penjaga dijemput hadir untuk memeriahkan Kejohanan Sukan Tahun 2017 Ahad ini di Stadium Mini UNITEN Bangi.

Rabu, 29 Mac 2017

Jadual latihan sukan tahunan 2017.

Jadual latihan sukan tahunan 2017.

Surat jemputan ke Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang sempena Mesyuarat Agung BAKA 2017

Berikut Surat jemputan ke Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang sempena Mesyuarat Agung BAKA 2017.



Pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 4 sesi 2017 boleh mencetak surat di atas untuk pelepasan asrama sekolah masing-masing.


Ahad, 26 Mac 2017

Program akhir Mac dan Bulan April

Program-program penting akhir Mac dan bulan April.

➡ *Penaziran YTP.*
27 dan 28hb Mac (Isnin dan Selasa).

➡ *Lawatan dr SERIAS.*
31hb Mac (Jumaat).

➡ *Tamrin Tahun 6*
31hb Mac - 02hb April (Jumaat - Ahad).
03hb April (Isnin) Cuti Peristiwa bagi murid Tahun 6 sahaja.

➡ *Mesyuarat Agung BAKA*
08hb April, 2017(Sabtu).

➡ *Sukaneka, Merentas Desa, Latihan & Raptai Sukan Tahunan*
10hb - 14hb April (Isnin - Jumaat).
Murid-murid dikehendaki memakai baju sukan sekolah / baju putih dan seluar track gelap serta air minuman.

➡ *Sukan Tahunan*
16hb April (Ahad).
*17hb April (Isnin) Cuti Peristiwa utk murid & guru_

➡ *Perkhemahan Unit Uniform*
28 & 29hb April (Jumaat & Sabtu).

➡ *Persediaan Ujian SEGAK Thn 4, 5 dan 6*
Mulai 25hb April (Selasa)