Rabu, 14 Jun 2017

HARI BERSEKOLAH 17 JUN, 2017 (SABTU)


Assalamualaikum w.b.t.
Seperti yg diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 23.06.2017 (Jumaat) adalah Cuti Ganti sempena Aidilfitri.

Oleh itu, 17.06.2017 (Sabtu) adalah hari persekolahan menggunakan Jadual Selasa.

Waktu:
7.50pg — 12.30tgh.

Harap maklum
Terima kasih

Khamis, 1 Jun 2017

Jom sertai Kelas Mandarin

Sekolah mengalu-alukan murid-murid, pelajar-pelajar dan ibu bapa untuk menyertai Kelas Mandarin yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk surat di bawah..



Rabu, 26 April 2017

Sekolah terima bantuan sekolah negeri Selangor

25hb April. Seri / Semi ABIM Sungai Ramal telah menerima Skim Bantuan Sekolah 2017 daripada kerajaan negeri Selangor.

Penyerahan bantuan tersebut telah diadakan semasa Program Ramah Mesra bersama penerima bantuan sekolah fasa 1 2017 (Zon Selatan) di Dewan Orang Ramai, Taman Mesra, Kajang.

Sekolah mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Selangor atas bantuan yang diberikan. Bantuan tersebut akan digunakan untuk membaiki prasarana sekolah yang telah uzur.

Jumaat, 21 April 2017

24hb April 2017 cuti sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15



Sekolah akan bercuti pada 24hb April 2017 (Isnin) sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.

Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada hari berikutnya 25hb April 2017.

Harap maklum.

Jumaat, 14 April 2017

Kejohanan Sukan Tahunan Ahad ini



Semua ibu bapa, penjaga dijemput hadir untuk memeriahkan Kejohanan Sukan Tahun 2017 Ahad ini di Stadium Mini UNITEN Bangi.

Rabu, 29 Mac 2017

Jadual latihan sukan tahunan 2017.

Jadual latihan sukan tahunan 2017.

Surat jemputan ke Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang sempena Mesyuarat Agung BAKA 2017

Berikut Surat jemputan ke Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang sempena Mesyuarat Agung BAKA 2017.



Pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 4 sesi 2017 boleh mencetak surat di atas untuk pelepasan asrama sekolah masing-masing.


Ahad, 26 Mac 2017

Program akhir Mac dan Bulan April

Program-program penting akhir Mac dan bulan April.

➡ *Penaziran YTP.*
27 dan 28hb Mac (Isnin dan Selasa).

➡ *Lawatan dr SERIAS.*
31hb Mac (Jumaat).

➡ *Tamrin Tahun 6*
31hb Mac - 02hb April (Jumaat - Ahad).
03hb April (Isnin) Cuti Peristiwa bagi murid Tahun 6 sahaja.

➡ *Mesyuarat Agung BAKA*
08hb April, 2017(Sabtu).

➡ *Sukaneka, Merentas Desa, Latihan & Raptai Sukan Tahunan*
10hb - 14hb April (Isnin - Jumaat).
Murid-murid dikehendaki memakai baju sukan sekolah / baju putih dan seluar track gelap serta air minuman.

➡ *Sukan Tahunan*
16hb April (Ahad).
*17hb April (Isnin) Cuti Peristiwa utk murid & guru_

➡ *Perkhemahan Unit Uniform*
28 & 29hb April (Jumaat & Sabtu).

➡ *Persediaan Ujian SEGAK Thn 4, 5 dan 6*
Mulai 25hb April (Selasa)

Isnin, 20 Mac 2017

Keputusan Ihtifal Sukan Kebangsaan 2017

Keputusan #isk2017kuantan

1 Emas - bola jaring
1 Emas - pingpong bergu lelaki
1 Emas - lontar peluru Perempuan

1 Perak- lompat Jauh lelaki
2 Perak- taekwando

3 Gangsa - taekwando
1 Gangsa - Bola tampar
1 Gangsa Badminton beregu lelaki
1 Gangsa - Sepak takraw

Selasa, 21 Februari 2017

Permohonan ke SEMI ABIM Sungai Ramal

Untuk memohonan ke SEMI ABIM Sungai Ramal sila download borang-borang berikut


1. Borang permohonan mula surat 1
1. Borang permohonan mula surat 2
3. Borang senarai semak

Sila lampirkan bersama dokumen di bawah:

1) Salinan Kad Pengenalan Pelajar.
2) Salinan Keputusan PMR/UPSR/PSRA/SPRA yang berkaitan.
3) Salinan Sijil Ko-Kurikulum.
4) Salinan Sijil Berhenti Sekolah.
5) 2 keping gambar berukuran passport (Tidak dikembalikan).
6) 1 Salinan kad pengenalan penjaga.


Borang perlu dicetak dan hantar ke Kaunter Khidmat Pelanggan  beserta bayaran untuk ujian kelayakan sebanyak *RM150* dan dokumen-dokumen di atas

Jumaat, 17 Februari 2017

52 orang Calon UPKK 2016 peroleh 8A


Tahniah diucapkan kepada murid-murid Tahun 5 sesi 2016, ibu bapa / penjaga dan guru-guru atas kejayaan yang dicapai di dalam peperiksaan UPKK (JAKIM) .

Seramai 52 orang calon UPKK 2016 telah memperolehi 8A di dalam peperiksaan tersebut. Untuk makluman murid-murid Tahun 5 sesi 2016 adalah calon-calon sulong yang mengambil peperiksaan UPKK (JAKIM).

Rabu, 8 Februari 2017

Makluman permohonan kemasukan ke Tahun 1 sesi 2018

Untuk makluman, permohonan kemasukan ke tahun 1 sesi 2018 telah dibuka.
Borang permohonan boleh didownload di sini.

 Ibu bapa / penjaga perlu juga memuat turun Borang Senarai Semak Permohonan di sini.
Ibu bapa / penjaga perlu menghantar salinan berikut semasa menghantar borang permohonan di Kaunter Khidmat Sekolah. 
 1 Salinan sijil kelahiran & mykid anak
 1 Salinan ic ibu & bapa
 1 Salinan bil utiliti
 1 Salinan slip gaji ibu & bapa

Sekiranya bekerja sendiri, sila lampirkan penyata bank peribadi
 setiap salinan perlu disahkan terlebih dahulu.
 Borang perlu dicetak dan hantar ke Kaunter Khidmat Pelanggan  beserta bayaran untuk ujian kelayakan sebanyak *RM150*

Permohonan hendaklah dihantar sebelum 30/6/2017*

Manakala Ujian Kelayakan akan diadakan pada *12/8/2017*.

Sabtu, 4 Februari 2017

Multimedia KGS 2015-2016

Multimedia yang dipersembahkan untuk Mesyuarat Agung KGS kali ke-9

Jumaat, 27 Januari 2017

PEMBATALAN SEMUA PROGRAM SEKOLAH PADA SABTU, 04hb FEBRUARI, 2017*

NOTIS
PEMBERITAHUAN: *17.01.01*
Tarikh: *Jumaat, 27hb Januari 2017.*

*PEMBATALAN SEMUA PROGRAM SEKOLAH PADA SABTU, 04hb FEBRUARI, 2017*

Assalamualaikum Ibu bapa & Penjaga murid SERI ABIM Sg Ramal Dalam sesi 2017.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan Kelab Guru & Staf, SERI & SEMI ABIM Sg Ramal Dalam Kajang yg dijadualkan pada tarikh tersebut.

Oleh itu *semua* program sekolah termasuk Kelas Tuisyen Sabtu bagi semua murid adalah *DIBATALKAN* pada hari tersebut.

Harap ambil maklum.
Terima kasih.

*MOHD HANAPIAH BIN ARDI*
Guru Besar
SERI ABIM Sg Ramal Dalam.

Khamis, 26 Januari 2017

Baik pulih titi laluan ke masjid

 Kerja-kerja balik pulih titi laluan pelajar-pelajar dan guru-guru untuk mengerjakan solat Jumaat sedang dijalankan. Kos baik pulih adalah sumbangan ibu bapa dan penjaga.

Sekolah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang.

Selasa, 24 Januari 2017

Cuti Tahun Baru Cina

Assalamualaikum ibubapa / penjaga.
Didahulukan dgn memohon kemaafan kerana kelewatan memaklumkan kepada ibubapa mengenai perkara ini.

Untuk makluman ibubapa murid SERI ABIM Sg Ramal Dalam akan bercuti pada:

*26-01-2017 (Khamis)*
hingga
*31-01-2017 (Selasa)*

Murid akan bersekolah semula pada:
*01-02-2017 (Rabu).*

Harap maklum.
Terima kasih.

*MOHD. HANAPIAH BIN ARDI*
Guru Besar
SERI Sg Ramal Dalam

Selasa, 17 Januari 2017

Majlis Ihtifal Tahunan 2016


Majlis Ihtifal Tahunan kali ke -28 Tahun 2016
Tarikh: 21 Januari 2017 ( Sabtu)
Masa: 8.30-11.00 malam
Tempat: Dataran Al -  Hikmah ( Dataran Berbumbung sekolah)
Semua ibu bapa / penjaga kepada pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan membuat persembahan dijemput hadir untuk memeriahkan majlis.

Isnin, 16 Januari 2017

Parkir Kolej Dar al-Hikmah ditutup 17hb Jan 2017

Kolej Dar Al-Hikmah akan menutup parkir untuk orang luar pada hari Selasa 17hb Januari untuk laluan kren dan lori 20 kaki untuk proses penggantian atap bangunan. 

Separuh parkir akan digunakan untuk lori/kren dan separuh lagi untuk parking kakitangan selama sehari. Mohon maaf atas kesulitan yang timbul.


Ahad, 1 Januari 2017

Selamat Hari Guru



Takwim 2017 SEMI (MEI - DISEMBER)

Berikut Takwim 2017 SEMI (MEI - DISEMBER)


Takwim 2017 SERI (MEI - DISEMBER)

Berikut Takwim 2017 SERI (MEI - DISEMBER)

Banner