Utama > FALSAFAH PENDIIDKAN ABIM

20-Mar-2019

FALSAFAH

Pendidikan adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah yang boleh memberi sumbangan kepada negara, masyarakat dan ummah seluruhnya.

OBJEKTIF

1. Menyediakan Kurikulum Pendidikan Islam mengikut pendekatan bersepadu, dengan mengernbangkan ilmu wahyu (ukhrawi) berteraskan A!-Qur'an dan Sunnah dengan ilmu akal (duniawi), bagi memenuhi keperluan pelajar hari ini.

2. Mengawal, menyelia, memberi bimbingan dan melatih guru-guru / kakitangan, bagi mempertingkatkan mutu dan kualiti pendidikan yang dilaksanakan, menepati piawaian dan standard yang diperlukan, supaya setanding dengan kecemerlangan pendidikan bertaraf lama.

3. Meminda, memberi cadangan dan menyusun semula Kurikulum Pendidikan Bersepadu, bersesuaian dengan kepentingan pelajar dan keperluan dengan perubahan dan tuntutan semasa.

4. Mengadakan perbincangan dan perundingan dengan mana-mana institusi, badan / yayasan pendidikan, supaya melaksanakan pendidikan Islam mengikut pendekatan bersepadu, bagi menyediakan pelajar dalam bidang pengajian Islam, supaya mereka dapat menyambung pengajian di peringkat tinggi, sesuai dengan arus perdana.

5. Mengumpul, menerima, mentadbir dan mengurus dana sama ada dalam bentuk kewangan atau aset tetap berupa tanah, bangunan dll. , untuk tujuan memperbaiki dan memperkemaskan lagi Institusi-institusi Sistem Pendidikan Bersepadu ABIM, dalam usaha melahirkan masyarakat yang berilmu dan berwawasan.

6. Menganjurkan siri-siri simposium, seminar, kolokium, wacana keilmuan, perbincangan, pembentangan, penyelidikan dan seumpamanya yang berkaitan dengan bidang pendidikan, bagi meningkatkan lagi mutu dan kefahaman masyarakat tentang konsep pendidikan bersepadu dan isu-isu yang berkaitan dengannya.

7. Menjalin kerjasama dan pertukaran maklumat, kemahiran pengurusan dan pengalaman praktikal dengan pertubuhan tempatan dan antarabangsa, yang mempunyai persamaan dengan matlamat penubuhan Yayasan Pendidikan ABIM

8. Mencetak, menerbit, menjual dan mengedar jurnal, surat khabar, risalah, majalah, buku berkala dan yang seumpamanya, yang bersesuaian dengan objektif Yayasan, serta untuk tujuan memperkenalkan Yayasan Pendidikan ABIM kepada masyarakat umum.